Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 24, 2010

~Kenduri Cukur Jambul & Aqiqah My Little Nephew~









sejak akhir2 ni, zuzu penat sgt, dgn kerja yg byk dan aktiviti fmly..namun zuzu sgt happy kerana susah senang zuzu, family dan tunang zuzu sentiasa ada di sisi..

ahad lepas, 21 Februari kaklong zuzu buat kenduri cukur jambul & aqiqah untuk baby sulungnya..muhammad adam ammar..comel sgt..jadi zuzu juga turut sama2 membantu dlm menjayakan majlis tersebut..sepanjang minggu lepas zuzu teman kaklong n suaminye kuar cari barang2 cenderahati utk tetamu..

majlis berjalan sgt lancar..ramai tetamu yg hadir...zuzu antara org kuat pada majlis tu..family zuzu mengenakan baju berwarna hijau..anak buah zuzu yg baru berusia satu bulan juga turut pakai baju melayu warna hijau berserta dgn sampin...alalala..comelnye!! ^^..buaian yg disewa, dihiasi cantik oleh kak nurul..thx kak nurul..!!

Majlis diserikan dgn kedatangan kumpulan marhaban..selesai marhaban, kaklong zuzu mengelilingi kumpulan marhaban utk upacara cukur jambul..dan..tugas zuzu??? heheh...pegang dulang yg berisi gunting, bunga rampai, air mawar...heheh..kat situ sume org renjis bunga rampai kat baby ammar, dan zuzu juga turut direnjis dengan bunga rampai..kata mereka, amik berkat..maklumlah xlama lagi zuzu akan melangkah ke alam baru..alam apa tu?? hehe..tunggu...

tidak ketinggalan, tunang zuzu turut diberi penghormatan utk gunting ckit rambut baby ammar..heheh masa dia gunting rambut ammar, terketar2 tgn dia..heheh relax b..majlis diikuti dgn bacaan tahlil dan yassin..kemudian disusuli dgn jamuan mkn...ramai tetamu yg hadir..dah macam kenduri kahwin pula...khemah yg tersergam cantik, dipenuhi dgn pelbagai ragam tetamu..kemudian, rombongan anak2 yatim dari Rawang tiba..zuzu sgt hiba melihat adik2 ni..mereka sgt comel !! masih kecil lagi..tugas zuzu,..melayan adik2 ni mkn..sgt seronok..adik2 ni bagi kerjasama..elok je beratur..zuzu sendukkan nasi, kaklong dan suaminya sendukkan lauk pauk yg tersedia...tunang zuzu pula memberikan air kepada setiap adik2 ni..hati zuzu tersentuh melihat cara tunang zuzu layan adik2 ni..thanks b...^^..seramai 30 0rg anak yatim telah hadir ke majlis ini...sgt berselera mereka mkn..sebelum mereka pulang, kaklong dan suaminya turut memberikan sumbangan wang & cenderahati kepada setiap anak yatim...zuzu juga turut mengambil kesempatan menyumbangkan wang dan cenderahati kpd setiap anak2 kecil ini..semua ini adalahhasil titik peluh zuzu ataskejayaan bisnes zuzu..Alhamdulillah..^^..harapan zuzu semoga anak2 yatim ini akan berjaya dimasa akan dtg...

selesai majlis, zuzu dan family sama2 mengemas...thanks pada tunang zuzu kerana turut mambantu sebaik dr awal majlis hingga selesai majlis..thanks sayang...^^..mujurlah, adik2 zuzu..azhar & syawal ada..tugas membersihkan semua telah dilakukan tunang zuzu, adik2 zuzu, abg ipar zuzu serta ayah zuzu..oh ye..adik zuzu yg perempuan tu..(ira namanye) dah balik ke uitm lendu melaka...masa majlis tgh berlangsung..ada exam esoknye...kesian dia..zuzu sgt penat..dari pagi sampai la ptg, selesai mengemas barula perut ni dapat diisi dgn nasi..org yg terakhir keluar dari rumah tu adalah zuzu dan tunang..kesian b, mesti penatkan..tapi serius memang penat..mcm kenduri kawin pulak rasanye..heheh ^^..

apapun majlis sgt meriah...2 ekor kambing dah di aqiqahkan..
utk baby ammar, dah besar jadi anak yg berguna ok..hormati mummy n daddy ye..jgn lupa tok daddy, nenda, aunty zuzu, aunty ira, uncle a'a..n paksu k..love ammar...muaaaahhhh!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails